An Information and knowledge blog for the world.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM UIAM

SEJARAH
Cadangan untuk mewujudkan program ini lahir di dalam Muzakarah Masa Depan Darul Quran yang dianjurkan oleh JAKIM di Awana Golf & Country Resort, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur pada 21-22 Februari 2000. Y. Bhg. Prof Madya Dr. Sidek Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran dan Timbalan Rektor ( Hal Ehwal Pelajar dan Disiplin) telah membentang satu kertas kerja bertajuk “ Perancangan Masa Depan Program Akadmik Darul Quran”.Beliau mencadangkan supaya Darul Quran bukan sahaja memainkan peranan untuk melahirkan hafiz dan hafizah yang layak untuk menjadi imam, guru-guru agama malah layak menhadi ahli sains dan ahli-ahli professional yang lain. Inilah sebenarnya yang telah berjaya dilahirkan semasa era kegemilangan Tamadun Islam seperti Ibn. Sina, al- KIndi, al Khawarizmi, Ibn Khuldun, Ibn Rushd dan ramai lagi.
Oleh itu pada 19 Jun 2000 seramai 7 orang pelajar lepasan Matrikulasi UIAM iaitu 2 lelaki dan 5 perempuan telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian di dalam Program Persijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UIAM di Darul Quran Kuala Kubu Bharu. Selepas tamat pengajian di Darul Quran mereka akan mengikuti pengajian di Pusat asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Falsafah
Ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid kea rah membentuk generasi al Quran yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian alam.

Objektif
 1) Mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan golongan profesional yang hafiz, mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan Negara.
2) Menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendiakawan yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman kegemilangan keilmuan Islam.
                                                      Pemilihan Pelajar
Penumpuan adalah kepada pelajar aliran sains institusi / Sekolah Menengah Agama yang mempunyai pencapaian cemerlang berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini dilakukan oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada Darul Quran dan UIAM melalui proses temuduga berdasarkan wajaran seperti berikut :
1) Cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM tahun berkenaan
2) Berkemampuan tinggi untuk meghafaz al-Quran
3) Personaliti yang tinggi
4) Aktif dalam kegiatasn ko-kurikulum ; dan
5) Lain-lain perkara yang berkaitan
Pelajar yang benar-benar berminat, dan berjaya dalam temuduga sahaja akan ditawarkan tempat bagi mengikuti program ini.

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia yang belum berkahwin
  • Lulus Peperiksaan Percubaan SPM dengan sekurang-kurangnya C+ dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Bahasa Melayu
  • Pelajar aliran Sains

Syarat Khas

Pemohon perlu memperolehi sekurang-kurangnya gred yang ditetapkan dalam peperiksaan percubaan SPM mengikut program asasi yang dipohon. 
  • ASASI KEJURUTERAAN (Y0400)

    • B dalam mata pelajaran Matematik dan Fizik
    • C+ dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Kimia,Bahasa Inggeris

    ASASI PERUBATAN (Y0080)

    • B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
    • B+ dalam mata pelajaran Biologi, Kimia
    • B dalam mata pelajaran Fizik , Matematik / Matematik Tambahan

    ASASI SAINS HAYAT Y0010

    • C+ dalam mata pelajaran Biologi, Kimia, Matematik,Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Fizik

    ASASI SAINS FIZIKAL Y0020

    • C+ dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Bahasa Inggeris, Kimia.

    ASASI FARMASI Y0060

    • B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
    • B+ dalam mata pelajaran Biologi , Kimia,
    • B dalam mata pelajaran Fizik, Matematik / Matematik Tambahan

    ASASI PERGIGIAN Y0070

    • B+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
    • B dalam mata pelajaran Biologi, Kimia B dalam mata pelajaran Fizik, Matematik / Matematik Tambahan

    ASASI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU Y0030

    • C+ dalam mata pelajaran Biologi, Kimia, Matematik / Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris,Fizik

    ASASI KEJURURAWATAN Y0031

    • C+ dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia, Matematik / Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris,Fizik

Permohonan

  • Permohonan kemasukan ke Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM UIAM perlu dibuat secara atas talian (online) di laman web Permohonan Pelajar Darul Quran.
  • Pemohon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi untuk dibawa semasa temuduga.
Tempoh Pengajian
 Tempoh pengajian program ini ialah selama 18 bulan. Pelajar –pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran tahfiz dan lain-lain matapelajaran yang berkaitan

Jangka Masa Pengajian
Pengajian akan bermula pada bulan Januari ( selepas tamat peperiksaan SPM) sehingga Jun tahun berikutnya.
Tempoh
Tahun
Program
Tempat
1 tahun 6 bulan
Persijilan Tahfiz Al-Quran
Darul Quran, Kuala Kubu Bharu
1 hingga 2 tahun
Program Matrikulasi UIAM
Pusat Asasi UIAM
3 tahun setengah hingga 5 tahun
Program Ijazah
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Pertanyaan

  • Sila rujuk laman web Darul Quran dan Program Persijilan Tahfiz Al-Quran untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Darul Quran juga ada menjalankan Program Diploma Tahfiz Al-Quran.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan kemasukan ke program ini sila hubungi Unit Pengambilan Darul Quran, JAKIM di talian telefon 03-60635333/ 03-60635349/ 03-60635350.



0 Komentar untuk "Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM UIAM"

Back To Top